#kitalawan: Menyusahkan Rakyat Malaysia, Peniaga Ketakutan

Kuala Lumpur: Himpunan #kitalawan yang berlangsung di pusat beli-belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) ternyata memberikan kesusahan kepada orang ramai yang lain.

 

 

Perhimpunan yang mengadakan perarakan protes dari beberapa kawasan iaitu dari pusat Central Market (CM), Ibu Pejabat PAS dan juga dari Masjid Jamek telah menyebabkan kesesakan lalu lintas hingga menyebabkan pergerakan kenderaan menjadi perlahan.

 

 

Ia juga memberikan kesukaran kepada orang ramai lain yang datang ke Sogo dan Jalan TAR untuk membeli-belah.

 

 

Bukan itu sahaja, peniaga-peniaga yang menjalankan operasi perniagaan seperti biasa juga mengalami kesusahan dan ketakutan dengan kehadiran lebih kurang 400 peserta himpunan.

 

 

Dilihat para peniaga menolak pintu premis perniagaan mereka sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku pencerobohan oleh peserta-peserta himpunan.

 

 

Ketika ini, dianggarkan 400 peserta menyertai himpunan.

 

IMG_2385

 

IMG_2425

 

IMG_2426

 

IMG_2429

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.