#KitaLawan: Bas Mangsa Vandalisme

KUALA LUMPUR – Perhimpunan #kitalawan hari ini dicemari aktiviti vandalisme apabila ada pesertanya bertindak menampal pelekat ‘Undur Najib Undur’ di belakang beberapa buah bas yang melalui jalan di hadapan Masjid Jamek.

 

Tindakan tersebut disambut sorakan gembira ramai peserta yang hadir seperti mengalu-alukannya mendorong beberapa peserta lain mengikut langkah sama menampal pelekat pada bas yang lain.

 

Seorang peserta himpunan yang tidak mahu dikenali ketika diminta mengulas tindakan tersebut bagaimana tidak menganggapnya sebagai perbuatan vandalisme.

 

“Hanya kempen (sahaja) bukan vandalisme.

 

“Tak rosak harta benda awam, dah tampal (nanti) buanglah

semula,” ujarnya.

 

Dalam perhimpunan di tempat yang sama sebelum ini perbuatan vandalisme turut berlaku apabila segelintir peserta bertindak menconteng dinding dan tiang Kompleks Sogo.

 

Sebuah bas milik PDRM turut mengalami nasib yang sama apabila diconteng dengan logo anarki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.