Kereta Isteri Ketua Menteri Pula Jadi Viral

GEORGETOWN – Selepas kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi viral setelah meletakkan kenderaan bersebelahan pili bomba, kini kereta isterinya, Betty Chew pula menjadi sasaran.

 

Pengendali laman sosial, Kelakuan Buruk Penduduk Pulau Pinang (Penang Bad Habits), Eric Woo mendedahkan beberapa gambar kereta milik Betty diletakkan di tempat teksi.

 

Daripada gambar yang tersebar luas, kebanyakan orang ramai tidak berpuas hati apabila kereta milik kerajaan negeri boleh diletakkan di mana sahaja tanpa mengikut undang-undang.

 

Kebanyakan orang ramai memberi komen tindakan berkenaan tidak adil sedangkan orang lain disaman sehingga ratusan ringgit.

 

Eric berkata, sepatutnya pemandu mahupun Betty lebih berhati-hati kerana tingkah lakunya dipandang umum.

 

Katanya, tidak dinafikan ada pemandu menunggu di dalam kereta, tapi beliau perlu ingat, meletakkan kereta di tempat teksi juga salah.

 

“Lagipun isu kereta Guan Eng masih belum reda, sepatutnya mereka menjadi contoh kepada penduduk di negeri ini.

 

“Walaupun benda ini boleh dikatakan kecil, tetapi ketua menteri perlu tahu apa dilakukannya jadi perhatian, begitu juga ahli keluarga,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.