Kejohanan Istaf 2015 Ditunda

Kuala Lumpur – Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2015 yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, dari 6 hingga 10 Mei ini, telah ditangguhkan, kerana bertindih dengan Kejohanan Dunia Piala Raja Thai.

 

Kejohanan Piala Raja Thai yang merupakan kejohanan berprestij dunia, anjuran Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT), dijadual diadakan di Bangkok dari 4 hingga 10 Mei ini.

 

Bagi mengekalkan integriti Piala Dunia ISTAF, kejohanan ini ditunda sebagai tanda hormat kepada Piala Raja Thai, Presiden ISTAF, Jeneral Charouck Arirachakaran dari Thailand dan TAT, demikian kata Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader dalam satu kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata, keputusan menunda kejohanan itu dibuat bersama rakan perkongsian global, Asia Sports Venterus (ASV) untuk memanfaatkan semua pasukan.

 

Katanya, ISTAF dan ASV akan menetapkan tarikh baru kejohanan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.