Kalimah Allah Ketika Himpunan Haram #kitalawan

Kuala Lumpur – Dilaporkan peristiwa ajaib telah berlaku di mana kalimah Allah telah kelihatan di awan ketika berlangsungnya perhimpunan haram #kitalawan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

 

 

Menurut blog negarapakatanrakyat.com, gambar tersebut telah dirakam oleh pengikut himpunan tersebut selepas terkejut dengan kejadian tersebut.

 

 

Kemunculan kalimah Allah itu tidak kekal lama dan ia hilang tidak lama kemudian.

 

 

Ramai di kalangan pengikut himpunan memperkatakan kejadian tersebut dan percaya ia merupakan rahmat dari Ilahi sebagai merahmati perhimpunan yang diadakan untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

 

Pada 10 Februari lalu, Anwar Ibrahim telah didapati bersalah dalam kes Liwat II dan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun di penjara Sungai Buluh.

 

 

Keputusan itu tidak dapat diterima oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dan penyokong-penyokong parti itu.

 

 

Kemunculan kalimah Allah di awan juga telah berlaku ketika hari pengebumian bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz.

 

 

Berikutan itu, orang ramai menyifatkan kemunculan nama Allah di awan biru sebagai tanda Tuhan menunggu Nik Aziz di pintu syurga.

 

Allah

 

 

 

 

2 thoughts on “Kalimah Allah Ketika Himpunan Haram #kitalawan

  • March 8, 2015 at 4:14 pm
    Permalink

    Kalimah ALLAh dan petir dibawahnya itu..menunjukkan ALLAH marah akan perbuatan pendemo..apatah lagi majoriti orang Islam..bukannya merestui perhimpunan itu..bertaubatlah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.