Kaka Azraff Didakwa Rampas Hans Wong?

Kuala Lumpur – Teka-teki mengenai perpisahan antara pelakon wanita, Tasha Shila dengan bekas teman lelakinya, Hans Wong dikatakan berpunca dari munculnya orang ketiga.

 

 

Khabar angin dalam dunia hiburan ketika ini bertiup kencang apabila orang ketiga tersebut didakwa adalah penyanyi wanita, Kaka Azraff yang telah merampas Hans Wong.

 

 

Ekorang dari tindakan Kaka itu, hubungan Kaka dalam dunia sosial Whatsapp menjadi keruh apabila Kaka telah dibuang dari berhubung melalui medium komunikasi itu.

 

 

Sehingga kini, Tasha Shila masih lagi belum membuka mulut menerangkan kepada umum tentang perkara sebenar yang berlaku dalam hubungan cintanya.

 

 

Malah, Tasha Shila telah memadam semua gambar-gambarnya bersama Hans Wong dari laman sosial Instagram.

 

 

Setakat ini, hanya Hans Wong sahaja memberika kenyataan meminta masa agar Tasha Shila yang seharusnya mengeluarkan kenyataan yang sekali gus memberikan bayangan kebenaran hubungan mereka telah pun berakhir.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.