Industri Pelancongan Bali Tidak Akan Terjejas – Gabenor

Jakarta – Gabenor Bali, Made Mangku Prastika berkata beliau yakin industri pelancongan di Bali tidak akan terjejas oleh hubungan diplomatik yang kian runcing antara Jakarta dan Canberra disebabkan hukuman mati terhadap dua penyeludup dadah Bali 9 Australia, lapor Jakarta Post.

 

“Adakah orang Australia mahu memboikot Bali? Adakah orang Australia tidak mahu melawat Bali? Saya tidak fikir ia akan membawa kesan kepada pelancongan di Bali kerana kes ini,” kata Made di Denpasar.

 

Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, telah dijatuhi hukuman mati pada tahun 2006 setahun selepas penangkapan kumpulan ini pada tahun 2005 kerana cuba menyeludup heroin lebih daripada 8kg dari Bali ke Australia.

 

Kedua-dua tertuduh itu telah dipindahkan dari sebuah penjara Bali ke Pulau Nusakambangan, di luar Jawa Tengah, pada hari Rabu sebagai persediaan untuk pelaksanaan hukuman mati, di sebalik rayuan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dan Menteri Luar Julie Bishop.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.