Guan Eng ‘Naik Hantu’, Marah Wartawan Kerana Isu Kereta

Georgetown – Selepas kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi viral setelah meletakkan kenderaan bersebelahan pili bomba, kini kereta isterinya, Betty Chew pula menjadi sasaran.

 

Pengendali laman sosial, Kelakuan Buruk Penduduk Pulau Pinang (Penang Bad Habits), Eric Woo mendedahkan beberapa gambar kereta milik Betty diletakkan di tempat teksi.

 

Kereta Bini Guan EngDaripada gambar yang tersebar luas, kebanyakan orang ramai tidak berpuas hati apabila kereta milik kerajaan negeri boleh diletakkan di mana sahaja tanpa mengikut undang-undang.

 

Kebanyakan orang ramai memberi komen tindakan berkenaan tidak adil sedangkan orang lain disaman sehingga ratusan ringgit.

Eric berkata, sepatutnya pemandu mahupun Betty lebih berhati-hati kerana tingkah lakunya dipandang umum.

 

Katanya, tidak dinafikan ada pemandu menunggu di dalam kereta, tapi beliau perlu ingat, meletakkan kereta di tempat teksi juga salah.

 

“Lagipun isu kereta Guan Eng masih belum reda, sepatutnya mereka menjadi contoh kepada penduduk di negeri ini.

 

“Walaupun benda ini boleh dikatakan kecil, tetapi ketua menteri perlu tahu apa dilakukannya jadi perhatian, begitu juga ahli keluarga,” katanya.

 

Terdahulu Guan Eng ‘naik hantu’ dengan soalan wartawan China Press mengenai isu kereta rasminya diletak di kawasan larangan.

 

Tidak berpuas hati dengan soalan tersebut, Guan Eng dilihat memarahi wartawan tersebut selama hampir enam minit.

 

“Kenapa pilih kasih? Sudah tiada isu lain untuk dilaporkan ke? Bagaimana jika parti pemerintah yang kena?

 

“Jika ia melibatkan parti pemerintah, kamu tidak akan membuat susulan. Adakah ini membuli orang baik dan takut kepada orang jahat,” katanya seperti dipetik China Press.

 

Menurut akhbar tersebut, ketika menyampaikan ucapan Guan Eng dengan suara serak menyatakan bahawa dirinya kurang sihat dan tidak dapat membacakan semua kandungan teks ucapan.

 

“Tuan-tuan dan cik wartawan boleh anggap saya sudah membacakan semua teks (untuk membuat laporan berita). Saya tidak mahu membaca semua ucapan, jika tidak anda semua perlu dengar suara batuk,” katanya.

 

Namun ketika sidang akhbar dan isu PG1 dibangkit, Guan Eng bersuara lantang mempertikai kenapa akhbar memainkan isu tersebut.

 

Beliau memulakan kritikan bersemangatnya dengan mempersoalkan kenada parti pemerintah (BN) tidak diberi layanan yang sama.

 

Wartawan China Press pula menjelaskan kepada Guan Eng bahawa akhbar Cina pada beberapa hari lalu pernah melaporkan kereta Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang, Datin Paduka Chew Mei Fun juga diletak di kawasan larangan.

 

Guan Eng bagaimanapun enggan menerima penjelasan itu sebaliknya terus ‘menyembur’ wartawan tersebut.

 

“Ini sebab kamu (pihak akhbar) sengaja mahu menunjuk (bahawa adil dalam laporan),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.