Exco Selangor Sifatkan Himpunan #KitaLawan Tidak Baik?

Kuala Lumpur – Ahli Dewan Undangan (Adun) Selangor dari Batu Caves, Amiruddin Saari dilihat seperti melekehkan himpunan #KitaLawan yang akan diadakan petang nanti.

 

Beliau ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi enggan memberikan sebarang komen kerana merasakan isu tersebut tidak baik.

 

“Tak payahlah, saya tak nak komen kalau pasal bola ok.

 

“Saya nak komen yang baik-baik je” ujarnya yang ditemui SuaraTV ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran makan di ibu kota sebentar tadi.

 

Pihak polis pada 27 Februari lalu, berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.dalam satu kenyataan sebelum ini memberi amaran akan menangkap peserta perhimpunan haram itu yang akan diadakan pada Sabtu ini di perkarangan Kompleks Membeli Belah Sogo.

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah menegaskan, perhimpunan yang dianjurkan itu tidak mengikut lunas undang-undang.

 

Pada 15 Februari lalu, pada satu sidang media himpunan #KitaLawan, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, gerakan itu mengemukakan empat tuntutan termasuk agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dengan segera kerana didakwa terlibat dalam konspirasi politik perbicaraan kes Anwar.

 

Selain itu, mereka juga sedia menggembleng semangat dan anak muda Malaysia terus berjuang sehingga kerajaan Umno-BN tumbang, serta menuntut reformasi sistem kehakiman negara bagi menjamin kebebasan dan kewibawaan institusi kehakiman.

 

Manakala resolusi keempat mereka ialah menggesa semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berjawatan dan yang mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 lalu agar turut menyertai Himpunan Rakyat yang dijadualkan bulan depan.

 

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara lima tahun, bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.