Anak Isa Samad Beri Kenyataan Kepada SPRM

Kuala Lumpur – Anak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam untuk merakam kenyataannya berhubung pembelian hotel bernilai ratusan juta ringgit di London oleh syarikat berkait kerajaan itu.

 

“Ia bukan tangkapan tetapi kenyataannya telah diambil bagi membantu siasatan berhubung kes itu,” Malaysiakini memetik sumber sebagai berkata.

 

Siasatan itu adalah berhubung pembelian Grand Plaza Kensington berharga RM330 juta, yang kini dinamakan Park City Hotel.

 

Felda sebelum ini telah membeli Apartment mewah Grand Plaza di Bayswater, London. Sebelum ini Terdahulu, seorang pegawai kanan Felda yang ditugaskan dengan anak syarikat Felda – Felda Investment Corporation – ditahan pihak berkuasa sejak hari Ahad.

 

Turut ditahan ialah seorang yang didakwa menjadi orang tengah urusan tersebut.

 

Isa, yang juga bekas bekas menteri besar Negri Sembilan melancarkan Park City Hotel pada Disember 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.