PAS Bakal Musnahkan Kubu Kuat PKR

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan bahawa PAS akan merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kini disandangkan oleh Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kerusi berkenaan pernah dimiliki oleh PAS pada Pilihan Raya Umum 1978 menerusi wakilnya, Zabidi Ali justeru kini PAS akan berusaha mendapatkannya semula.

Sudah pasti pengumuman berkenaan telah mencetuskan kebimbangan kepada PKR. Ini kerana kerusi itu sebelum ini merupakan kubu kuat PAS sebelum dipinjamkan kepada PKR. Dengan bahasa mudah, PKR menang di kerusi tersebut dengan bantuan PAS.

Disebabkan kebimbangan itu, PKR menuduh pemimpin PAS kini telah `digadai’. Ketua Pemuda Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa pemimpin PAS kini telah menggadai perpaduan yang dibina di kalangan pembangkang oleh tokoh-tokoh terdahulu.

Hakikat sebenarnya, Pakatan Harapan bimbang pertandingan pelbagai penjuru hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan itulah yang mahu dielakkan oleh pembangkang.

Kali ini, sudah pasti kubu kuat PKR di Permatang Pauh akan terjejas berikutan kenyataan yang dibuat oleh Abdul Hadi itu.

Ini kerana PAS berpeluang memiliki semula kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disebabkan oleh perpecahan dalam Pakatan Harapan sendiri.

Apatah lagi PAS mempunyai penyokong di peringkat akar umbi di kawasan berkenaan.

“PAS sudah bertanding di kerusi itu sejak 1969 lagi malah menang pada 1978. PAS ada sokongan nostalgia di sana. Akar umbinya kuat. Kemenangan kerusi Permatang Pauh selama ini pun adalah kerana undi penyokong PAS (ketika Anwar dalam pembangkang) yang mahukan pakatan pembangkang berkuasa di kawasan berkenaan.

“Jadi potensi menang itu memang ada untuk calon PAS lebih-lebih lagi jika bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi taruhan PKR,” kata penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi kepada Berita Harian baru-baru ini.

Malah kemenangan PKR sejak 1999 lalu juga bergantung kepada undi orang PAS dan menyedari keadaan ini, PKR dalam kebimbangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.