Netizen Puji Sikap Profesional Lofa

KUALA LUMPUR: Rata-rata pemerhati memuji sikap profesionalisme pelakon dan pengacara, Neelofa, apabila terbuka menjawab kritikan berkenaan produk bayi yang dipromosikan di Instagramnya, baru-baru ini.

Kata wanita yang turut dikenali sebagai usahawan berjaya itu, dia maklum mengenai situasi dihadapi CnG (nama produk dipromosikan) yang berkait dengan Instagram miliknya, selain amat menghargai komen dan keprihatinan semua pihak.

“Pihak pengurusan CnG bekerja keras untuk menjernihkan isu ini dan berusaha bagi menyelesaikan kekeliruan yang berlaku. Saya sangat menghargai kesabaran dan pemahaman semua,” katanya menerusi Twitter, malam tadi.

Sejak beberapa hari lalu, nama selebriti berusia 28 tahun itu menjadi panas apabila dia memuat naik perkongsian berkenaan makanan tambahan kesihatan (suplemen) untuk menghilangkan kedut pada kulit bayi.

Bukan hanya netizen, malah Neelofa yang lebih mesra disapa Lofa turut menerima teguran daripada pakar kulit dan rakan artis yang menyelar perbuatannya membiarkan diri menjadi alat propaganda promosi tanpa memikirkan kesannya.

Begitupun, saat dirinya dikecam teruk oleh pelbagai pihak, sebahagian netizen memberikan pujian kepadanya yang bersikap tenang ketika berdepan kecaman sedemikian.

Selain menganggap wanita itu cukup profesional, malah mereka juga menyukai sikapnya yang tidak mudah melatah dengan kritikan.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.