‘Kasihankan Rafizi? Saya rasa tidak perlulah’-Lim Sian See

Kenapa Rafizi tidak sepatutnya dikasihani kerana 30 bulan penjara kerana NFC

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 7 Februari 2018

Rafizi baru sahaja mengeluarkan cerita sedih tentang bagaimana beliau berjuang untuk rakyat dan dihukum dengan penjara 30 bulan kerana “mendedahkan masalah rasuah” NFC.

Biasanya, cerita itu berakhir dengan meminta orang ramai menderma lebih banyak wang kepadanya.

Undang-undang adalah undang-undang. Walaupun tiada siapa yang mahu melihat sesiapa dipenjarakan, ianya penting untuk membetulkan cerita Rafizi mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Menggunakan penyata bank NFC Corp pada 7 Mac 2012, Rafizi membuat tuduhan secara terbuka bahawa NFC Corp telah menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli kondominium mewah dan bukannya untuk pembiakan lembu.

Bagaimanapun, syarikat NFC mempertikaikannya dan menyaman Rafizi kerana fitnah – kes yang mana dimenangi NFC di mahkamah tinggi. Rafizi kemudian membayar ganti rugi RM300,000 kepada NFC.

Pada asasnya, Rafizi telah melanggar akta BAFIA kerana mendedahkan penyata bank peribadi NFC untuk membuat tuduhan yang kemudiannya dibuktikan oleh mahkamah sebagai palsu.

Undang-undang BAFIA sangat jelas di sini. Sekiranya anda mendedahkan penyata bank orang lain, anda melanggar undang-undang. Rafizi tahu ini.

Mengapakah beliau harus dikasihani apabila beliau secara sukarela dan dengan sengaja melanggar undang-undang untuk memfitnah orang lain?

Rafizi bukan pun orang pertama yang “mendedahkan” masalah syarikat NFC ini. Kerajaan sendiri yang “mendedahkan” NFC ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengatakan bahawa NFC telah gagal mematuhi objektif pembentukannya selepas pinjaman mudah sebanyak RM250 juta telah diberikan oleh kerajaan.

Pada Mac 2012 semasa Rafizi membuat “pendedahan” itu, Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Parlimen telah meneliti isu NFC berdasarkan apa yang dinyatakan dalam laporan AG. Begitu juga dengan SPRM. https://tinyurl.com/y9qw9hl5

Rafizi bukanlah “wira” yang mendedahkan NFC jadi kenapa beliau sepatutnya “dikasihani” kerana cuba menjadi wira?

Anda juga harus ingat bahawa tidak seperti laporan RM305 juta untuk Terowong Pulau Pinang, RM250 juta yang diluluskan di bawah Kementerian Pertanian Muhyiddin Yassin adalah pinjaman mudah yang NFC masih perlu membayar kos faedah dan membayar balik pinjaman itu.

Ya, projek itu mengalami masalah pelaksanaan – sebahagiannya disebabkan oleh kelewatan kerajaan dalam membina rumah penyembelihan serta jalan yang baik untuk menuju ke ladang – tetapi apa-apa pun, NFC masih perlu membayar balik.

Untuk mengatakan bahawa Rafizi tidak mendapat manfaat daripada “pendedahan” Mac 2012 beliau itu yang mana adalah fitnah dan tidak sah itu pastinya tidak betul.

Oleh kerana itu, Rafizi bangkit menjadi satu nama yang diketahui ramai. Beliau kemudian diberi kerusi Parlimen Pandan untuk bertanding dalam PRU13, yang mana beliau menang dan telah mendapat gaji bebas cukai bulanan sebanyak RM29,000 sejak itu.

Dengan menggunakan kemasyhurannya, beliau juga telah mengumpulkan berjuta-juta derma daripada orang ramai di mana sebahagian daripada wang itu kemudian dikesan telah digunakan untuk membayar yuran perkhidmatan untuk syarikat milik Rafizi yang membekalkan tenaga kerja kepada Invoke.

Bertentangan dengan dakwaannya bahawa beliau tidak mengambil satu sen pun daripada orang awam, kemasyhuran dan kekayaan yang diterimanya adalah kerana “pendedahan” NFC ini.

Perlukah kita merasa kasihan kepada Rafizi kerana “beliau tidak mendapat apa-apa” apabila beliau dengan sengaja melanggar undang-undang?

Didorong oleh “pendedahan” NFC ini, Rafizi kemudian banyak membuat tuduhan yang semakin dasyat terhadap semua perkara.

Ini termasuklah Langkah Kajang yang gagal itu yang memulakan perpecahan Pakatan Rakyat dan bahawa Tabung Haji berada dalam masalah kewangan yang membawa kepada banyak jemaah mengeluarkan simpanan mereka dan kehilangan giliran mereka untuk menunaikan Haji.

Yang terkini, Rafizi dengan salah menuduh bahawa Rahman Dahlan telah memberikan projek kepada “abangnya” atas dasar bahawa tokoh korporat itu berkongsi nama keluarga yang sama.

Walaupun Rafizi mengakui bahawa beliau salah, beliau masih enggan memohon maaf.

Dan siapa yang boleh melupakan keterangan mahkamahnya bahawa tuduhannya terhadap cincin berlian Rosmah hanyalah satu jenaka?

Kasihankan Rafizi? Saya rasa tidak perlulah

Link asal artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.