Budak 11 Tahun Lahir Bayi Abang 14 Tahun

POLIS sedang menyiasat kes seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang melahirkan bayi lelaki, dengan abang kandungnya yang berusia 14 tahun dipercayai bapa kepada anaknya itu.

Kanak-kanak perempuan itu merupakan pendatang dari Bolivia dan telah melahirkan bayinya di sebuah hospital di Murcia di Sepanyol.

Sebaik sahaja bayi itu dilahirkan, laporan polis telah dibuat bagi mengesan identiti bapa kepada bayi terbabit.

Siasatan yang dijalankan mendapati bahawa abang sulungnya telah menghamilkan kanak-kanak itu.

Sumber juga memberitahu bahawa budak lelaki itu berusia 13 tahun ketika adiknya mengandung.Ujian DNA akan diadakan bagi mengesahkan bapa sebenar bayi itu.

Dalam pada itu, pihak berkuasa kesihatan menyifatkan kes itu sebagai kes luar biasa. Sementara media tempatan melaporkan hubungan seks antara dua beradik itu dilakukan bukan atas persetujuan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.