Zaid Secara Rasmi Sertai DAP

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara rasmi menyertai DAP.

 

“Saya ingin mengumumkan bahawa saya telah menyertai DAP,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.

 

Beliau diapit oleh pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai, pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Ini adalah penyertaan ketiga Zaid dalam parti politik sejak meninggalkan Umno pada 2008.

 
Beliau pernah menyertai PKR pada Jun 2009 tetapi meninggalkan parti itu pada November 2010 atas alasan tidak berpuas hati dengan penipuan dan pembelian undi dalam pemilihan parti yang enyaksikan Datuk Seri Azmin Ali dipilih sebagai timbalan presiden.

 

Pada tahun yang sama, beliau mengambil-alih KITA dan menjadi presiden tetapi melepaskan jawatannya pada 2012.-Malaysiakini

One thought on “Zaid Secara Rasmi Sertai DAP

  • October 28, 2018 at 9:06 pm
    Permalink

    Elok lah keluar ramai2 …parti korup tu da rosak teruk?? Tak jadi apa dah….buat mcmana pun tetap korup hancur musnah?? Terlampau rosak musnah … rasuah ?? Akan ramai lgi didakwa pecah amanah…nfc lembu..1mdb..felda..felcra dan byk lgi lah!!!! Nama islam agama islam rasuah paling tinggi atas sekali??? Tk malu kah?? Penyangak2..penyamun…pencuri perompak???? Mual jijik meluat ……!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.