Neelofa Akui Berkawan Dengan Kerabat

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Neelofa, mengaku sedang berkawan dengan kerabat diraja seperti laporan gosip sebuah akhbar, baru-baru ini.

 

Memetik BH, bagaimanapun, Neelofa, 28, enggan mengulas lanjut berhubung status tersebut.

 

“Dengan status saya sebagai selebriti dan kedudukannya sebagai kerabat, kami tidak boleh lari daripada pelbagai andaian masyarakat. Apa yang boleh saya katakan, kami memang berkawan.

 

“Rasanya anda semua lebih bijak untuk menilai adakah saya layak untuk mengulas lanjut perkara ini,” katanya

 

Pelakon cantik itu turut merayu supaya tidak lagi diajukan soalan berhubung status tersebut.

 

“Saya sangat tertekan dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini. Isu Fatah lagi ditambah isu ini. Hati saya hancur dan harap senua pihak dapat memahami dan memberi saya ruang,” katanya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.