Lindsay Belajar Puasa, Mengaku Tenang Baca Quran

Aktres Lindsay Lohan, 30, berkongsi mengenai minatnya terhadap agama Islam.

 

Luahan itu dikongsikan menerusi sebuah wawancara sebuah program televisyen di Kuwait, baru-baru ini, petik MD.

 

Ketika pengacara Shoaib Rashid bertanyakan soal foto-foto Lindsay membawa Al-Quran yang menjadi tular di internet,  Lindsay mengakui ramai warga negaranya tidak suka melihat foto-foto tersebut.

 

“Saya hanya membawa sebuah kitab, tapi orang-orang di Amerika Syarikat tidak menyukainya. Mereka melemparkan kata-kata buruk dan menghakimi saya hanya kerana saya memegang Al-Quran,” tuturnya.

 

Sehubungan itu, menurut Lindsay dia mengakui sudah mula membaca Al-Quran. Katanya, dia merasa ada satu perasaan yang istimewa ketika dia membaca ayat-ayat dalam Al-Quran.

 

“Saya sudah membaca 15 muka surat. Saya berasa tenang saat membacanya,”katanya.

 

Mengakui cuba belajar untuk beribadah seperti penganut agama Islam dan mencuba untuk berpuasa.

 

“Saya berpuasa selama tiga hari bersama teman saya dari Kuwait. Rasanya sukar, tapi menyenangkan. Saya berasa gembira,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.