Gomez Dilantik Jurulatih Harimau Malaysia?

JOHOR BAHRU – Adakah bekas Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez bakal dilantik sebagai jurulatih baharu skuad kebangsaan?

 

Menerusi status terbaharu di laman Facebook Johor Southern Tigers menunjukkan gambar jurulatih kelahiran Argentina itu duduk bersama-sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

 

“Tunku Mahkota Johor bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez mengucapkan selamat maju jaya kepada Kelab Bolasepak JDT dalam perlawanan petang ini menentang Gamba Osaka,” tulis status tersebut.
Sebelum ini, Gomez memberi kejutan kepada peminat JDT apabila memilih untuk membawa haluan sendiri ketika berbaki dua hari sebelum sepak mula Liga Super 2017 pada 18 Januari lalu dan tempatnya digantikan oleh Benjamin Mora yang sebelum ini membimbing JDT II.

 

Sebelum ini, sudahpun terdapat khabar angin bahawa Gomez merupakan antara calon jurulatih skuad Harimau Malaysia dan tidak mustahil perkara itu menjadi kenyataan sekiranya Tunku Ismail dipilih menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.