Berus Cat Diperbuat Daripada Babi

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu menyita 377 unit berus cat bernilai RM2,768 kerana dipercayai diperbuat dari bulu khinzir dalam satu operasi di kedai menjual barangan binaan dan hardware, hari ini.

 

Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, rampasan itu membabitkan tiga kes iaitu dua di Kemaman dan satu di Dungun di bawah Seksyen 28 Akta Perihal Dagangan 2011 kerana tidak mempamerkan label dengan jelas.

 

Bagi kesalahan itu katanya, peniaga boleh didenda sehingga RM1 juta atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 

Selain Dungun dan Kemaman, KPDNKK turut mengadakan operasi mengesan berus cat bulu babi di Kuala Terengganu dan Besut namun tidak merekodkan sebarang kes.

 

“Kita memandang serius isu ini dengan mengambil tindakan proaktif bagi melindungi hak pengguna dan operasi ini akan diadakan secara berterusan,” katanya Azlan kepada media.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.