100 Syarikat Bantah Dasar Trump Termasuk Apple, Facebook

WASHINGTON – Hampir 100 syarikat, termasuk Apple, Facebook, Intel, Microsoft, Netflix, Twitter mengemukakan permohonan di mahkamah bagi mengisytiharkan arahan yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump ‘melanggar undang-undang imigresen dan Perlembagaan’.

 

Yang turut memohon, ialah syarikat pengeluar yogurt, Chobani; pembuat snek, Kind dan jenama fesyen, Levi Strauss. Ketiga-tiga syarikat itu diasaskan oleh golongan pendatang.

 

Menurut dokumen mahkamah, larangan itu menyebabkan ‘perubahan mendadak dalam undang-undang kemasukan ke Amerika Syarikat dan ia menjejaskan syarikat Amerika Syarikat’.

 

Permohonan itu adalah langkah terbaharu yang diambil oleh pemain industri teknologi bagi membantah arahan kontroversi Trump itu.

 

Pagi semalam, Mahkamah Rayuan membatalkan permohonan Kerajaan Amerika Syarikat untuk meneruskan penguatkuasaan larangan perjalanan.

 

Arahan eksekutif Trump itu melarang rakyat dari tujuh negara Islam daripada masuk ke Amerika Syarikat selama 90 hari, manakala arahan terhadap pendatang berkuat kuasa selama 120 hari. – AGENSI/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.