TPM Hadir Perjumpaan Khas Dengan Umno Johor

JOHOR BAHRU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu kira-kira 1,000 anggota Umno Johor dalam satu majlis perjumpaan khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) di sini, Ahad.

 

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno tiba pada 3.15 petang dan meluangkan masa lebih sejam untuk menghadiri perjumpaan itu, yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor.

 

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang juga Naib Presiden Umno, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Mohamad Aziz.

 

Beberapa timbalan menteri dari Johor termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri juga menghadiri mesyuarat itu.

 

Terdahulu, Ahmad Zahid turut mengadakan satu pertemuan tertutup dan majlis makan tengahari bersama Badan Perhubungan Umno Johor di sebuah hotel di bandar raya ini.

 

Pada sebelah pagi, beliau menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.