TMJ Bakal Jumpa Presiden Barcelona, Real, PSG, Valencia

KUALA LUMPUR – Pemilik kelab bolasepak JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan empat pemimpin kelab bola sepak terkenal dunia bermula pada hujung bulan ini.

 

Kelab gergasi Eropah yang bakal dikunjungi oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu adalah Barcelona, Real Madrid, Valencia dan Paris Saint Germain (PSG).

 

Menurut kenyataan terbaharu JDT menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail akan ke Doha, Qatar pada 27 Februari ini untuk bertemu Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

 

Pertemuan tersebut bagi membincangkan mengenai jalinan kerjasama berkaitan antara PSG dan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim pada masa akan datang.

 

Sehari selepas itu, Tunku Ismail akan ke Sepanyol untuk bertemu dengan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu Floreta.

 

Pertemuan dengan Presiden Valencia, Chan Lay Hoon pula dijadual diadakan pada 3 Mac manakala Presiden Real Madrid, Florentino Pérez (7 Mac).-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.