Shaheizy, Syatilla Bertunang

Pelakon popular, Shaheizy Sam dan pasangannya, Syatilla Melvin, selamat mengikat tali pertunangan, sehari sebelum majlis akad nikah diadakan.

 

Majlis pertunangan yang berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Syatilla bermula kira-kira jam 9 malam tadi, di Nibong Tebal, hanya dihadiri ahli keluarga dan saudara terdekat kedua-dua keluarga.

 

Memetik laporan BH, Keluarga Syatilla diwakili abang iparnya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, manakala keluarga Shaheizy diwakili bapa saudaranya, Muhammad Abdul Hamid.

 

Pasangan itu akan bernikah pada jam 9 malam, esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.