Coretan Anak Mukhriz Penghargaan Kepada Rakyat Kedah

KUALA LUMPUR – Selepas anak bongsu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mencurah isi hati di media sosial dalam mempertahankan maruah bapanya, kini giliran anak perempuan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkongsi perasaan.

 

Melalui status yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Meera Alyanna Mukhriz atau lebih senang dikenali sebagai Ally mengucapkan penghargaan kepada seluruh rakyat negeri Kedah kerana memberi peluang untuk bapanya mencurah khidmat bakti selama hampir tiga tahun menjadi Menteri Besar.

 

Ally menggambarkan bapanya sebagai seorang yang berintegriti dan memiliki ketabahan hati serta semangat yang kuat.

 

Dalam status itu juga Ally berkata bapanya telah berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan penuh dedikasi sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut meskipun kadang-kalanya terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.

 

Status yang dimuat naik sejak semalam itu sehingga kini disukai lebih 2,300 netizens dan 76 komen netizen yang memberi reaksi pelbagai terhadap coretan tersebut.

 

Mukhriz meletakkan jawatan Menteri Besar pada 3 Februari lepas selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengesahkan beliau telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

 

Berikutan peletakan jawatan tersebut, Ahmad Bashah yang merupakan ADUN Bakar Bata dilantik sebagai Menteri Besar yang baru sekaligus mengakhiri kemelut politik di negeri itu yang sudah berlangsung selama hampir dua minggu.

 

Baca coretan penuh anak perempuan Mukhri di bawah;-

 

I am honoured to call you my father. A person with integrity, perseverance and strong will. It’s upsetting to see the good guys lose but as someone once said to me, Allah SWT has a plan for us all.

 

I am not going to pretend that I know politics. In fact, I know nothing at all. But as I know you personally, I know that you are a great man. As your daughter, I am very grateful for all that you have given me and I know that being Kedah MB was a great opportunity and experience for you – one you honoured greatly.

 

You were dedicated and you poured your heart and soul in your job. Since you were so busy, I valued the time I had (sometimes only a few hours a week) that I got to spend with you where you would encourage me to check out local Kedahan artists or new locally made clothes.

 

Not to mention, how excited you were for each football match! (Go hijau kuning!) So I would like to take this opportunity to say, you did the best you could’ve and I’m so very proud to be raised by you (and mummy)! And to Kedah, even though I didn’t get to say my official goodbyes, thank you so much for welcoming us and thank you for being so wonderful!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.