Zero Juara MLM2014, Raih RM500,000

Kumpulan Zero yang dianggotai oleh Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang disiarkan secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam Jumaat.

 

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Sepahtu terpaksa akur sebagai Naib Juara MLM 2014 pada edisi kali ini.

 

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh  Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep) dan Shahmira Muhammad (Shuip). Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi. Jep Turut memenangi kategori Man of the Match.

 

Sementara itu, peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.

 

Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

 

Manakala kumpulan Bocey berada di tempat kelima. Bocey membawa pulang hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.

 

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan muzikal komedi dan bebas.

 

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.

 

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Taufiq Batisah, Nur Fazura dan Farah Quinn.

 

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh pelawak veteran Datuk Jamali Shadat.

 

MLM 2014 bersiaran secara langsung bermula 14 November lalu, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

 

Selain itu, MLM 2014 akhir boleh ditonton secara langsung di 13 pawagam TGV dan 12 pawagam MBO terpilih.

 

Antaranya adalah Sunway Pyramid, Subang; Space U8, Shah Alam, Melaka Mall, Melaka, MBO U-Mall Skudai, Johor, The Spring Kuching, Sarawak dan Mesra Mall, Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.