Video: Penjaga Cyber Nyaris Maut Dikelar Kerana RM40.00

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang bertugas sebagai penjaga cybercafe di Lembah Impiana, Kulim nyaris maut dalam satu pergelutan dengan perompak yang bersenjatakan parang panjang.

 

Dalam kejadian pada Selasa lalu, lelaki berketurunan india itu mengugut mangsa yang berumur 25 tahun dengan parang sebelum memintanya menyerahkan wang.

 

 

Menurut mangsa sebaik menyerahkan wang berjumlah RM40.00 dan telefon bimbitnya, suspek yang berumur lingkungan 30 tahun itu terus memasuki kaunter kerana tidak berpuas hati dengan jumlah yang diberikan.

 

“Suspek seperti tidak berpuas hati dan menarik saya keluar dari kaunter.

 

“Saya cuba mempertahankan diri dan berlaku pergelutan” ujarnya di laman media sosial Facebook.

 

Di dalam pergelutan itu mangsa mengalami kecederaan yang serius di bahagian tangan kiri dan ibu jari tangannya hampir terputus.

 

“Suspek juga cuba untuk kelar leher saya semasa kejadian” katanya lagi.

 

Mangsa kemudiannya di bawa ke hospital Kulim dan telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

 

Sementara itu menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Hj Abdullah Hj Arshad pihaknya telah menerima laporan dan masih menyiasat kes tersebut.

 

“Pihak polis telah mengerakkan semua unit untuk menjejak suspek.

 

“Namun sehingga hari ini masih gagal menegsan dan siasatan masih diteruskan” ujarnya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

 

Polis turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat untuk menghubungi balai polis yang berhampiran bagi mengesan penjenayah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.