Seniman Jalanan Bukan Peminta Sedekah

SERINGKALI apabila kita sedang membeli-belah di sekitar ibu kota pasti halwa telinga kita akan disajikan alunan-alunan muzik dendangan seniman jalanan.

 

Mereka sinonim dengan panggilan ‘buskers’, menghibur dari jalanan, majlis makan malam syarikat korporat, kompleks membeli-belah hinggalah ke pentas muzik yang berprestij.

 

Ahli seniman jalanan ini boleh dikatakan bekerja setiap hari untuk menghiburkan masyarakat sekitarnya.

 

“Kami mengajak orang ramai untuk menghibur bersama di samping kami menyampaikan mesej-mesej kepada masyarakat.

 

“Contohnya mengenai mangsa-mangsa banjir, kami doakan untuk mereka dan mengajak sekali masyarakat untuk berdoa untuk mereka,” kata pemain gitar The Kodox’s yang mahu dikenali Din Gitar, 24.

 

Sebelum Din memilih kerjaya ini secara profesional, beliau mempunyai perspektif seperti segelintir masyarakat yang berasakan golongan seniman jalanan ini seperti peminta sedekah.

 

“Saya memang tidak pandang pun golongan seniman jalanan ini. Namun apabila saya menyertai seni jalanan ini pelbagai ragam manusia saya jumpa. Ada yang tutup telinga apabila kami berhibur.

 

“Tapi saya melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif,” tambah Din.

 

Ayawan Musafir Singgah, 49, juga mempunyai jawapan sendiri untuk mengikis prasangaka itu terhadap golongan seniman jalanan.

 

“Sebagai seorang pengkarya jalanan, kami bukan mengemis. Kami mencurahkan apa yang ada dan berdepan dengan masyarakat, kata Ayawan.

 

Bukan sahaja pengemis, ada yang melihat ahli seniman jalanan ini sebagai penagih dadah. – Awani

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.