Ngeh Akan Saman Ismail Sabri

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menuduh beliau dan keluarganya sebagai anti-Islam.

 

Menurut Ngeh, tindakan undang-undang itu dibuat berikutan kedegilan Ismail memohon maaf atas seruannya kepada orang Melayu untuk memboikot perniagaan Cina, selain tuduhan jahat bahawa beliau anti-Islam.

 

“Tindakan Ismail menarik semula tulisan di Facebook dan mengelak mengenalpasti saya serta keluarga bukan individu yang beliau maksudkan adalah bukti beliau bersalah.

 

“Pada 3 Februari lalu, saya mencabar Ismail membuktikan bahawa individu yang dimaksudkan itu bukan saya, tetapi sehingga hari ini beliau gagal melakukannya.

 

“Masa yang saya berikan kepada beliau menarik semula dan memohon maaf kini sudah tamat.

 

“Saya telah mengarahkan peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Timbalan Setiausaha Agung DAP itu turut menyarankan pihak berkuasa agama Islam supaya menegur kelakukan Ismail yang menggunakan agama untuk memfitnah dirinya.

 

“Inilah masanya untuk pihak berkuasa agama menyatakan dengan jelas bahawa Islam menolak sebarang perbuatan fitnah dan pembohongan terhadap orang lain,” ujar Ngeh. – Roketkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.