‘Better Kau Buang Like Kau Itu Sebelum Aku Mengamuk Lebih Teruk’

Kuala Lumpur – Hanya kerana si suami menekan butang ‘like’ pada gambar perempuan cantik di laman Instagram, seorang wanita telah mengamuk di ruangan komen gambar perempuan tersebut.

 

Gambar yang dimuat naik melalui akaun Instagram milik MSU University itu memaparkan aksi beberapa mahasiswi institut pengajian tinggi (IPT) berkenaan yang menyertai aktiviti berbasikal.

 

Foto itu menjadi ‘hangat’ apabila seorang wanita yang secara tiba-tiba muncul dengan komen “Abang like?”

 

Dipercayai suami kepada wanita itu telah menekan butang ‘like’ pada gambar berkenaan yang mencetuskan rasa marah wanita tersebut dan akhirnya mengamuk di ruangan komen.

 

Berikut adalah petikan dari komen wanita berkenaan.

 

“Abang memang suka kan ‘like‘ betina-betina gedik budak IPT macam ini, miang punya jantan!! Ingat bini kat umah bang.

 

“Perangai kau ni memang tak berubah kan? Suka betina gedik macam ni, better kau buang like kau itu sebelum aku mengamuk lebih teruk!!.

 

“Dasar kaki betina!!,” tulis wanita itu tanpa memperdulikan orang lain.

 

Komen wanita itu telah di screenshot dan disebarkan di laman Facebook.

 

Rata-rata pengguna laman mikro menyifatkan wanita itu terlalu mengongkong suami dan tindakannya juga hanya memalukan wanita lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.