MLM 2013: RM500,000 Milik Siapa?

mlm2013Tinggal beberapa jam lagi gelanggang akhir program Maharaja Lawak Mega 2013 akan berlangsung dan menyaksikan persaingan hebat dari lima peserta iaitu Shiro, Sepahtu, Jambu, Bocey dan Nabil. Selepas 12 minggu memerah idea menarik untuk menghiburkan para penonton dan barisan pihak juri, gelanggang akhir menjadi taruhan mereka untuk merebut gelaran juara MLM 2013.

Mengikut undian MLM 2013 setakat ini, Sepahtu masih mengungguli di tangga teratas dengan 24 peratus, diikuti oleh Shiro 21 peratus, Nabil 20 peratus, Bocey 19 peratus dan Jambu 15 peratus. Mengikut ramalan dan berdasarkan undian terkini, Sepahtu mempunyai kelebihan selepas menerima undian tertinggi juga mempunyai pengalaman memenangi gelaran juara menerusi Maharaja Lawak edisi 2011.

Jika dilihat kepada prestasi lima kumpulan di peringkat akhir ini, Shiro dan Bocey sering menjadi perhatian penonton dan barisan juri kerana prestasi mereka yang konsisten sejak di minggu pertama. Idea persembahan menarik dan kreatif memberi kelebihan kepada Shiro dan Bocey untuk memberi tekanan kepada Sepahtu, Jambu dan Nabil.

Jambu, nama yang tidak asing lagi dalam dunia komedi. Pak Yus dan Tauke merupakan dua individu yang arif dalam menguasai pentas menerusi idea-idea luar biasa dan bersahaja mereka. Tidak dinafikan, Jambu antara kumpulan pelawak yang sering memberi saingan hebat kepada mana-mana peserta di gelanggang MLM. Pentas akhir mungkin memberi kelebihan untuk Jambu bangkit dan membuktikan mereka layak bergelar juara.

Satu-satunya peserta solo di MLM 2013, Nabil Ahmad berjaya membuktikan peserta solo mampu ‘survive’ di atas gelanggang besar seperti MLM ini. Tidak ramai pelawak yang berani tampil ke hadapan menyertai MLM secara solo. Bakat semulajadi yang dimiliki pelawak kelahiran Negeri Sembilan ini harus dipuji kerana mampu bertahan sehingga ke gelanggang akhir MLM.

Persoalan sehingga ke saat ini, Siapakah antara lima nama ini yang bakal diumumkan juara dan memenangi wang lumayan berjumlah RM500,000? Undian menerusi peminat dan penonton serta markah peratusan oleh barisan pihak juri bakal menentukan kedudukan mereka kelak.

Persaingan lima peserta di MLM 2013 malam ini pasti sengit dan luarbiasa menerusi tema ‘Bebas’ dan ‘Musical Comedy’. Pastikan anda menonton gelanggang akhir MLM 2013 dihoskan oleh pengacara Dato’ Ac Mizal malam ini yang akan bersiaran langsung di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi kumpulan kegemaran anda di MLM 2013.
Dengan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), taip ML[nama singkatan PESERTA] atau ML<3/5/10>[nama singkatan PESERTA] untuk (3/5/10 undian) ke 32777
Contoh : ML10 [nama singkatan PESERTA] ke 32777.
Untuk 20 undian: Taip ML20[nama singkatan PESERTA] ke 32777.
Setiap SMS akan dikenakan kadar premium sebanyak RM0.50 bagi setiap undian.
Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini program Maharaja Lawak Mega 2013!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.