Wan Saiful Ditawar Wang Besar, Dedah Salah Guna Kuasa BERSATU Perlis

KUALA LUMPUR – Wan Saiful Wan Jan mendedahkan wujud salah laku guna kuasa dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perlis. 

Dakwaan itu disuarakanya selepas digugurkan sebagai Setiausaha parti negeri tersebut.

“Saya tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, tetapi saya berkeras tidak mahu menarik balik laporan polis itu.

“Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya selepas laporan itu mendakwa beliau telah ditawarkan sejumlah wang yang besar sekiranya membantu dalam pengaturan kontrak tersebut.

“Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu. Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis,” tambahnya. 

BERSATU Perlis hari ini menggugurkan Wan Saiful atas alasan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu gagal memberikan komitment kepada parti .

Sementara itu, Wan Saiful berkata, tindakannya tidak mahu berkompromi dengan salah guna kuasa bagi membantu BERSATU Perlis menjadi lebih baik.

“Saya akan terus bekerja untuk kebaikan parti. Malaysia Baru perlu disambung menjadi Perlis Baru,” katanya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.