Najib Harap Akhbar ‘Wilayahku’ Tak Iklankan BitCoin & HarapanCoin

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini sebuah akhbar penerbitan baharu iaitu Wilayahku dilancarkan oleh Khalid Samad.

Ekoran itu hari ini bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan motif akhbar itu diwujudkan. 

Kata beliau, akhbar itu yang sebelum ini ditegaskan Menteri Wilayah Persekutuan bukan demi propaganda Pakatan Harapan hari ini membuktikan sebaliknya apabila muka hadapannya adalah laporan berita tentang Khalid Samad.

“Menteri Wilayah kata akhbar Wilayahku bukan propaganda Pakatan Harapan (PH). Tapi muka depan naskah pertama amat menarik. Wajah hensem siapa di sana?

“Kalau boleh besarkan lagi gambar itu. Terlalu kecil nanti pembaca tak nampak,” katanya  menerusi Facebook. 

Najib berkata demikian merujuk gambar Khalid yang dipaparkan di muka depan edisi sulung akhbar itu, diiringi tajuk “Kebajikan warga kota”.

Menurut Khalid ketika pelancarannya, Wilayahku bukanlah propaganda parti itu sebaliknya penghubunh  antara kerajaan dan penduduk di ibu kota.

Akhbar percuma dengan 24 halaman itu diterbitkan Wilayah Media Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik Yayasan Wilayah Persekutuan.

Pasukan Wilayahku merangkumi tiga wartawan, seorang jurugambar, seorang jurutadbir. Wartawan yang kini menjadi setiausaha akhbar Khalid, Zulkifli Sulong menjadi ketua pengarang dan Helmi Mohd Foad sebagai editor.

Najib mengulas kenyataan Khalid bahawa akhbar itu merupakan projek untuk kroni, seperti yang didakwa Naib Ketua Umno Bahagian Seputeh Razlan Rafii.

“Bukan kronisme juga, dia kata. Tapi ketua pengarang dan pun setiausaha akhbar menteri sendiri.”katanya.

Najib dalam masa yang sama mempersoalkan dana untuk menerbitkan akhbar Wilayahku itu adalah daripada wang rakyat atau pelabur asing yang sebelum ini didakwa Khalid mahu melabur sebamyak RM1.6 trilion.

”Nak tanya wang yang digunakan untuk membiayai akhbar ini dari sumber mana?  Mova-moga akhbar ini tak akan banyak iklan jual BitCoin dan HarapanCoin pada masa hadapan,” sindir Najib lagi.

Khalid yang sebelum ini dilaporkan berkata ada individu dari Qatar yang mahu melabur AS$400 bilion (RM1.6 trilion) dalam projek kereta nasional ketiga.-SuaraTv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.