Hina Agong, Netizen Terus Desak Tindakan Tegas Ke Atas Eric Liew

KUALA LUMPUR – Ratusan netizen mengecam dan mendesak syarikat Cisco Asean mengambil tindakan memecat kakitangannya, Eric Liew kerana biadab menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Rata-rata mereka mahu pengurusan syarikat itu mengambil tindakan tegas ke atasnya kerana rakyat Malaysia tidak dapat menerima penghinaan terhadap raja mereka.

Hasil layaran MalaysiaGazette ke akaun Facebook Cisco Asean juga mendapati kemarahan netizen terhadap syarikat semakin membuak sehingga ada yang mengancam hendak memboikot produk keluaran syarikat berkenaan jika tiada sebarang tindakan diambil ke atas Erie.

Mereka turut mengingatkan syarikat itu bahawa Eric adalah kakitangan yang bahaya dan boleh menjejaskan nama baik Cisco Asean jika dibiarkan terus bekerja di situ.

Seorang netizen, Ahmad Farsha meninggalkan komen, kenapa Erie Liew terlalu biadab terhadap Yang di-Pertuan Agong, sedangkan beliau adalah rakyat Malaysia.

“Awakpun rakyat Malaysia walaupun bukan Bumiputera. Cina, India, Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah rakyat Malaysia. Kenapa perlu hina Agong sendiri.

“Awak tinggal dan cari makan dalam Malaysia. Hormat sesama kita. Itu Yang di-Pertuan Agong bukan untuk Melayu sahaja, ia untuk rakyat semua bangsa,” tulisnya.

Asma Diana Khudairi pula menyatakan, adakah Eric mungkin bangga memegang jawatan pengurus, tetapi pada masa sama berkelakuan tidak sopan dalam tutur kata.

Katanya, lelaki itu tidak layak tinggal di Malaysia kerana tidak menghormati agong sendiri.

Mohd Nordinzuhri ML pula bercadang hendak memboikot produk keluaran Cisco Asean sebagai tanda tidak puas hati dengan kakitangannya yang terlalu biadab.

“Cisco Asean, maaf! Seluruh keluarga saya boikot produk keluaran anda sebab mempunyai kakitangan yang biadab dan tidak layak menjadi rakyat Malaysia,” tulisnya.

Eric yang memuatnaik posting, “terlalu sibuk berzina dengan pengantin barunya” sebagai ulasannya dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong meletakkan jawatan, mendapat kecaman hebat pelbagai lapisan rakyat.

Beliau kemudian memaparkan posting memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dengan tulisannya itu.

Bagaimanapun, netizen yang tidak menerima permohonan maaf itu, mahu polis menahan Eric Liew dan dimasukkan ke lokap sebagai pengajaran. – MalaysiaGazette

One thought on “Hina Agong, Netizen Terus Desak Tindakan Tegas Ke Atas Eric Liew

  • January 8, 2019 at 6:43 pm
    Permalink

    Eric liew bolih dilucutkan hak rakyat sbb kurang ajar terlampau kurang ajar@@@. Elok rakyat buat lapuran polis menghina DYMM Agong.. boikot2 juga wajib lapor polis sbb mencela menderhaka ?? Kita pakat2 boikot jenama barang2 dia?
    Kurang ajar elok sgt buang luar negara??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.