Hentikan Spekulasi Peletakan Jawatan Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR – Hentikan spekulasi tentang peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong(YDPA).

Demikian kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang berpendirian bahawa  tindakan itu dibuat dengan alasan tertentu yang merupakan  adalah hak peribadi baginda Sultan. 

“Tak perlu persoal. Saya nak jelaskan saya sendiri pun tak tahu.

“Bila tak tahu jangan buat spekulasi. Apa faedahnya kepada kita? Benda tiada faedah lebih baik duduk diam dan jangan buang masa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Ahli Majlis Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) di Kota Bharu.

Semalam Sultan Muhammad V mengejutkan ramai pihak apabila melakar sejarah dalam negara dengan meletakkan jawatan sebagai YDPA uang ke-15, selepas ditabalkan tidak sampai dua tahun.

Namun Mohd Amar mengakui perkara tersebut 

mengejutkan kerana baginya ia berlaku secara tiba-tiba.

“Jumaat lepas pun tuanku datang sembahyang, tak ada apa-apa tanda (mahu letak jawatan),” katanya.

Ketika ditanya berhubung isu perkahwinan Sultan Muhammad V, Mohd Amar berkata pihaknya tiada maklumat rasmi berkenaan perkara itu.

“Tuanku pun tak sebut (jadi) tak elok buat sebarang spekulasi yang kita pun tak tahu.

“Tak ada guna cari sebab, terima sajalah (berita itu kalau benar), nak kahwin tak salah.

“Kalau nak lantik raja perempuan itu hak sultan tapi (perlu) mengikut peraturan yang ada,” jelasnya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.