100 Kakitangan JASA Bakal Sertai BERSATU?

KUALA LUMPUR – Dijangkakan lebih kurang 100 bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan  menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  Rabu nanti.

Kumpulan itu berdasarkan jemputan media bakal  menyerahkan borang keahlian dalam sebuah majlis di Shah Alam.

Setiausaha politik kepada Perdana Menteri yang juga  anggota Majlis Tertinggi BERSATU, Abu Bakar Yahya dilaporkan akan menerima borang berkenaan.

Untuk rekod, JASA adalah unit propaganda yang dibubarkan pentadbiran PH selepas PRU14 dan terdahulu  diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Menurut dokumen perbelanjaan kerajaan persekutuan, JASA memilik 272 kakitangan kesuruhannya.

Sebelum dibubarkan, JASA diketuai bekas anggota majlis tertinggi Umno, Mohd Puad Zakarshi dan bekas Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO,  Tun Faisal Ismail.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.