PH Umum Mahathir Calon PM, Penyokong PKR Tetap Mahu Anwar

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan parti pembangkang parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengumuman tersebut dibacakan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, PH turut mengumumkan agihan kerusi Parlimen di Semenanjung melibatkan 165 kerusi iaitu PPBM 52 kerusi, diikuti PKR 51, DAP 37 dan baki 27 kerusi lagi dutandingi calon Parti Amanah Negara (PAN).

Terdahulu, sebelum konvensyen bermula berlaku kekecohan apabila penyokong PKR dari kumpulan reformasi 1998 berhimpun secara aman menuntut supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Selain mengangkat sepanduk, mereka berteriak melaungkan ‘Hdup Anwar’ dan ‘Reformasi’ sehingga mencetuskan kekecohan apabila beberapa penyokong PAN tampil menegur mereka. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.