Patah Hati, Suspek Bunuh Selepas Potong Telinga Kekasih Adik

Seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila dengan sengaja membunuh kekasih kepada adik tirinya sendiri.

Kejadian tragik itu dilaporkan telah berlaku di wilayah Sulawesi, Indonesia tetapi tidak dinyatakan bilakah tarikh sebenarnya insiden berlaku.

Pergaduhan itu berpunca daripada abang yang menaruh hati kepada adik tirinya sendiri namun terpaksa dirahsiakan perasaan itu kerana adiknya sudah ada kekasih hati.

Dalam masa yang sama menurut sepupu suspek sendiri, Andi Awank memberitahu pihak media tempatan Indonesia bahawa motif pembunuhan hanya disebabkan cemburu dan tidak berpuas hati terhadap mangsa.

Sebelum kejadian berdarah itu berlaku, adik suspek bersama-sama mangsa telah berkunjung ke Pulau Kondo untuk bersiar-siar dan mereka turut bermalam di sana.

Berang mengetahui perkara itu suspek telah menghubungi adiknya itu namun tiada jawapan.

Keesokan harinya suspek dengan terburu-buru telah menyusul ke kepulauan tersebut dengan tujuan menyerang mangsa.

Suspek telah menyerang mangsa dengan menggunakan parang yang dibawanya.

Walaupun mereka sempat bergelut seketika namun keadaan mangsa yang parah setelah ditetak pada bahagian leher belakang itu langsung rebah ke tanah dan telinganya turut putus akibat ‘dimakan’ oleh parang yang dihayun suspek.

Mangsa sempat dirawat di hospital berdekatan tetapi disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam.

Pihak polis masih lagi menyiasat kejadian itu dan suspek sudah pun ditahan bagi siasatan lanjut.

Setelah mendapat beberapa info, didapati suspek merupakan pendatang asing yang telah merantau ke kampung halaman adiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.