Najib Lawat Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan SK Temai

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Temai di sini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan tiba kira-kira pukul 11.45 pagi selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kepada Murid-murid Miskin dalam Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Yang turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Seramai 96 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara berkenaan sejak Khamis lalu selepas rumah serta laluan ke rumah mereka dinaiki air.

Mangsa adalah dari tiga perkampungan dalam Mukim Temai iaitu Temai Hilir, Temai Hulu dan Temai Tengah.

Najib juga dijadual meninjau mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Kamping Sri Damai, Kuantan. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.