Maut Ditimpa Lori Balak

GUA MUSANG – Seorang pemandu lori balak maut akibat ditimpa kenderaan terbabit selepas tercampak keluar dalam kemalangan di Kilometer 8 Jalan Gua Musang-Jeli, dekat sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang tadi, mangsa, Hee Beng Chye, 71, yang mengalami kenderaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian, petik BH

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd TaufiK Maidin berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu lori sarat dengan muatan balak itu dalam perjalanan dari Pos Pulat, Gua Musang ke bandar Gua Musang.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, lori dipandu mangsa dipercayai terbabas ke sebelah kiri jalan ketika menuruni bukit menyebabkan mangsa tercampak keluar sebelum kenderaan itu terbalik menimpa mangsa.

Katanya, usaha mengeluar mangsa yang tersepit di bawah lori itu mengambil mangsa sejam dengan mengguna kren.

“Kira-kira 25 batang balak yang dimuatkan lori mangsa juga bertaburan di atas jalan menyebabkan kesesakan berlaku,” katanya.

Mohd Taufik berkata, kayu balak yang terjatuh dari lori mangsa juga terpaksa diangkat menggunakan kren untuk mengatasi kesesakan jalan di kawasan itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.