Ibu Campak Anak Dari Anjung Pangsapuri

SEOUL – Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut, manakala adik perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah selepas dicampak dari anjung pangsapuri yang didiami pada Jumaat.

Menurut The Korea Herald/Asia News Network, Polis menemui dua kanak-kanak itu di luar kawasan pangsapuri itu.

Turut ditemui adalah mayat ibu mereka oleh penghantar barang yang kemudian membuat laporan polis.

Polis percaya ibu kedua-dua kanak-kanak itu telah mencekik anak lelakinya hingga mati sebelum membawa kedua-duanya ke anjung sebelum mencampak mereka satu demi satu, lapor mStar

Tambah polis lagi, wanita terlibat kemudiannya dipercayai melompat dari laluan tangga kecemasan hingga menyebabkan dia terkorban.

Setakat ini, polis masih menyiasat punca kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.