Harry Styles Kenalkan Kekasih

Penyanyi Harry Styles dilaporkan telah memperkenalkan teman wanitanya yang didakwa seorang model Victoria’s Secret, Camille Rowe kepada ahli keluarganya selepas lima bulan keluar bersama.

Menerusi seorang sumber yang memberitahu akhbar The Sun, Rowe hadir dalam hidup Styles yang juga pelantun lagu Sign of the Times itu pada waktu yang sangat tepat.

“Mereka juga seronok meluangkan masa, malah tampak hebat apabila bergandingan bersama.

“Selain menyokong kerjaya Styles, Rowe juga seorang yang santai dan tidak mendesak,” katanya seperti yang dilapor portal Femalefirst.com.

Dalam pada itu, fasa percintaan pasangan bahagia itu turut dikatakan masih di peringkat awal.

“Justeru, Styles sangat melindungi hubungannya sehingga tidak mahu terlalu mempamerkan kisah percintaan mereka.

“Bagaimanapun, mereka sangat sesuai dan kelihatan gembira bersama,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.