Guna Papan Pemotong Ganti Pinggan Didenda RM271,220

ENGLAND – BRITAIN. Mahkamah majistret Birmingham memerintahkan restoran Ibrahim’s Grill And Steak House membayar denda RM271,220 kerana menggunakan papan pemotong sebagai pengganti pinggan.

Kata BBC, pemeriksa kesihatan kali pertama memeriksa restoran yang terletak di Acocks Green berkenaan pada Oktober 2016 selepas satu aduan dibuat selepas 14 individu mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan di restoran berkenaan.

Restoran berkenaan kemudian diberikan amaran supaya mematuhi pekeliling kesihatan selain tidak menggunakan papan tersebut lagi, lappr Sinar

Pemeriksaan kedua dua bulan kemudian mendapati restoran terbabit masih menggunakan papan tersebut walaupun telah dilarang.

Restoran Ibrahim’s Grill And Steak House mengaku degil dan masih menggunakan papan tersebut dan gagal mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

Selain itu, pemeriksaan lanjut mendapati restoran berkenaan kotor dan tidak menggunakan bahan kimia pembersih yang sepatutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.