Buka Butang Baju, Seluar Penumpang Sebelah Ketika Tidur

DETROIT – AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki ditahan selepas dituduh membuka butang baju dan seluar seorang wanita yang sedang tidur dan mencabul mangsa dalam penerbangan Rabu lalu.

Menurut CNN, Prabhu Ramamoorthy mencabul mangsa yang berusia 22 tahun dalam penerbangan Spirit Airlines dari Las Vegas menuju ke Detroit.

Mangsa mengatakan dia terjaga dengan tangan suspek di dalam seluarnya sambil menyedari butang baju dan seluarnya terbuka, petik Sinar

Suspek kemudian berhenti mencabul mangsa dan mangsa segera melaporkan kejadian tersebut kepada kru penerbangan.

Prabhu kemudian ditahan sejurus selepas pesawat mendarat dan mendakwa sedang ‘tidur’ ketika kejadian.

Selain itu, Prabhu menafikan melakukan sebarang salah laku seksual terhadap mangsa.

Bagaimanapun, Prabu mengatakan dia ‘mungkin membuka butang baju mangsa’ ketika disoal siasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Kejadian masih disiasat dan Spirit Airlines memberikan kerjasama penuh dalam siasatan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.