Bergambar Kahwin Suhu Bawah Paras Beku

ONTARIO, Kanada – Sepasang pengantin sanggup mengabadikan gambar perkahwinan mereka dengan menahan sejuk melampau di kawasan air terjun Niagara di sini yang kini sedang membeku.

Menurut Agensi, Jonathan Czitkovics dan isterinya Yvonne Chen telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Thailand, namun Czitkovics membuat keputusan untuk merakam gambar perkahwinan di sini memandangkan dia berasal dari Montreal, Kanada.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik menjadi tular di internet menunjukkan mereka merakam gambar perkahwinan di kawasan air terjun Niagara yang merupakan antara lokasi tercantik di dunia pada 3 Januari lalu.

Czitkovics hanya mengenakan sut hitam, manakala Chen pula memakai gaun berwarna merah yang terbuka pada bahagian atas ketika suhu mencecah -6 darjah Celsius.


Pasangan itu dikatakan tidak memilih khidmat jurugambar perkahwinan sebaliknya merakam gambar sendiri dengan menetap masa pada sebuah kamera digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.