Audit Isu Tanah Felda Bermula Esok – Shahrir Samad

JOHOR BAHRU – Audit ke atas Felda berhubung isu pindah milik tanah milik agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur akan bermula esok.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pihaknya akan beri kerjasama penuh dengan firma audit yang dilantik Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Khamis lalu, JPM mengumumkan pelantikan syarikat audit luar berhubung hal ini dan kita akan beri kerjasama penuh.

“Felda tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana kami mahukan semula hak ke atas tanah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Desa Datuk Hajah Hasnah Ahmad, di sini sebentar tadi.

Shahrir yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru turut memberitahu pihaknya berharap tindakan undang-undang akan diambil sekiranya benar wujud salah laku dalam hal tersebut. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.