11 Putera Diraja Cuba Memprotes Ditangkap

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi menahan 11 putera diraja selepas mereka berkumpul di sebuah istana bagi memprotes beberapa langkah penjimatan termasuk menggantung bayaran bil utiliti mereka, lapor media tempatan semalam.

Menurut Reuters, Pegawai-pegawai Arab Saudi tidak memberikan sebarang maklum ba­las semasa diminta mengulas mengenai berita penangkapan itu.

Arab Saudi yang merupakan pengeksport minyak terbesar dunia memperkenalkan pembaharuan ekonomi termasuk memotong subsidi, memperkenalkan Cukai Nilai Tambah (VAT) dan memotong keistimewaan kerabat diraja bagi menampung kejatuhan harga minyak yang menyebabkan bajet defisit sekitar 195 bilion riyal (RM207 bi­lion) pada tahun ini.

Laman web dalam talian, Sabq.org berkata, sejumlah putera diraja berkumpul di istana Qasr al-Hokm menuntut dibatalkan dekri diraja bahawa kerajaan akan menghentikan pembayaran bil air dan elektrik anggota keluarga mereka.

“Mereka juga menuntut pampasan bagi hukuman mati terhadap seorang saudara mereka,” menurut Sabq.org.

“Mereka diberitahu bahawa tuntutan itu adalah salah, tetapi tetap enggan meninggalkan Qasr al-Hokm,” kata laman web itu memetik sumber yang enggan dikenali.

Berita tersebut tidak menyatakan identiti putera diraja berkenaan tetapi berkata diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai S.A.S.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.