11 terbunuh dalam insiden tembakan rambang di Paris

11 terbunuh dalam insiden tembakan rambang di Paris- gambar file
PARIS: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh termasuk dua anggota polis apabila dua individu yang bersenjatakan mesin gan dan pelancar roket menembak rambang dalam sebuah pejabat Charlie Hebdo di Paris.

Terdahulu, Timbalan Datuk Bandar Paris, Bruno Julliard berkata, enam orang cedera parah termasuk seorang anggota polis.

Presiden Perancis Francois Hollande sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian dan memanggil satu mesyuarat kabinet tergempar, kata jurucakap pejabat presiden.

Sumber terdekat memberitahu, “dua lelaki bersenjatakan mesin gan dan pelancar roket menceroboh bangunan itu yang terletak di tengah bandaraya Paris dan kedengaran bunyi berbalas tembakan dengan pegawai keselamatan.”

Individu tersebut merampas sebuah kereta dan melanggar pejalan kaki berhampiran.

BERITA LANJUT MENYUSUL -Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.