Tiada Hard Rock Cafe Di Putrajaya

KUALA LUMPUR: Hard Rock International menjelaskan ia tidak ada niat untuk membuka cawangan baharu di Malaysia ataupun mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan itu, selain daripada yang telah diumumkan sebelum ini.

“Hard Rock International mempunyai prosedur operasi yang ketat untuk mengenal pasti dan mengkaji satu-satu pasaran sebelum membuka cawangan baharu, mengambil kira budaya tempatan dan permintaan pasaran.

“Pengumuman pembukaan cawangan baharu akan datang daripada Hard Rock International dan bukan daripada mana-mana pihak ketiga,” katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Isnin.

Sebelum ini, dilaporkan Hard Rock International dijangka membuka satucawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya tahun ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.