Usul Bahas ICERD Oleh Anwar Ditolak

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Port Dickson (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan kewajaran kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Mohamad Ariff, penolakan itu dibuat kerana tiada kepentingan.

“Saya menolak ikut aturan 18, ketika ini tidak ada sebarang keperluan untuk membahaskan kerajaan telah menolak ratifikasi ICERD. Tidak ada keperluan ‘segera’ dalam perkara.

“Maka saya sekali lagi, setelah mempertimbangkan kepentingan usul itu dan bercakap dengan beberapa pihak, masih bertegas dengan keputusan menolak usul yang dibawa ini,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, usul itu telah dikemukakan supaya  umum mengetahuinya dengan lebih mendalam.

Anwar dalam masa yang sama melahirkan rasa bimbang kerana menurutnya ada juga suara-suara dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri mahu tahu mengapa kerajaan bertindak menolak ICERD.

“Saya faham dan hormati keputusan penolakan itu tetapi ada juga resah kononnya kita ‘halalkan’ diskriminasi. Itu bukan betul dan kita sebenarnya mempunyai perlembagaan yang menjadi tonggak keadilan kepada semua.

“Saya mohon supaya usul ini dibincangkan supaya boleh memberi pemahaman yang mendalam berkaitan supaya kereshan itu kita dapat redakan. Saya faham pagi tadi Speaker telah menolak usul saya tetapi tidak terlambat jika diberi pertimbangan,” katanya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.