Tuduhan Palsu Pemimpin Pelampau India, NGO Malaysia Gesa Kerajaan India Mohon Maaf

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini mendesak Kerajaan India memohon maaf kepada Kerajaan Malaysia susulan pemimpin politiknya mengeluarkan tuduhan liar berhubung kejadian rusuhan di sebuah kuil, di Subang Jaya, Isnin lepas.

Presidennya, Amir Amsaa All Pitchay berkata, tindakan pemimpin politik dari Tamil Nadu India itu yang menuduh komuniti India di negara ini dizalimi berunsur jahat tanpa mengetahui keadaan sebenar kejadian itu.

“Ini menunjukkan satu tindakan berniat jahat dan terhadap Malaysia di mana beliau menularkan video kilp dalam Bahasa Tamil dengan menuduh serangan terhadap kuil terbabit.

“Beliau sengaja mengambil kesempatan dalam isu rusuhan kuil dengan mengeluarkan fakta salah dan menokok-tambah perkara yang tidak berlaku dalam kejadian rusuhan dan penduduk Hindu di negara.

“Kenyataan pemimpin Parti Orang Hindu (HPP) dari Tamil Nadu itu hanya mengeruhkan keadaan,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Kedutaan India, di Mont Kiara, di sini, hari ini.

Terdahulu Amir Amsaa bersama Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah dan dua lagi NGO iaitu Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) dan Gerakan Refomis Rakyat Malaysia (REFOMIS) menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan India di Malaysia.

Memorandum itu membantah kenyataan pemimpin politik dari India, Arjun Sampath mendakwa sekumpulan 200 pelampau Islam telah membunuh kanak-kanak dan wanita kaum India dengan mengelarkan leher menggunakan pisau dan merobohkan sebahagian struktur Kuil Seri Maha Mariamman, USJ25, Putra Heights, Subang Jaya, pada pagi Isnin lepas.

Arjun membuat tuduhan liar itu ketika menghantar surat bantahan dakwaan kekejaman itu kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Tamil Nadu, 28 November lalu.

Amir Amsaa juga membantah campur tangan pemimpin politik India itu kerana membuat tuduhan tanpa fakta kukuh dan dikhuatiri boleh menimbulkan sentimen perkauman di negara ini.

“Kami membantah Arjun mencampuri urusan negara dengan mengeluarkan fakta salah dan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan kaum di negara ini dengan mengungkit sentimen agama terhadap penganut agama Islam dan Hindu di negara ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

One thought on “Tuduhan Palsu Pemimpin Pelampau India, NGO Malaysia Gesa Kerajaan India Mohon Maaf

  • December 6, 2018 at 8:58 pm
    Permalink

    Kurang ajar negara india?? Sibuk apsal campur tangan??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.